Saturday, 1 September 2012

Cerita

Alhamdulillah....lama tak bukak blog aku nie...haa hari nie aku nak kongsi cerita terbaru aku dengan korang semua...ada yang sedih dan ada yang gembira. Aku amik yang sedih dulu laaa...
Isnin lepas aku aku mendapat berita bahawa junior aku tapi sama umur telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya dan meninggal di tempat kejadian..."Arwah fahmi" aku tak berapa rapat dengan arwah tetapi arwah merupakan seorang yang periang, baik hati, suka senyum, tak sombong, dan senang berkawan. Kawan-kawan yang lain juga ada mengatakan kelas menjadi sunyi apabila ketiadaan arwah dan tak macam dulu lagi...begitu terasa kehilangan arwah...Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...amin...
Dan berita yang gembira...kawan aku dari semester 1 dan sampai sekarang...kawan yang periang, ramah, penyabar dan gigih...kawan yang selalu tak datang kelas hehehe...tapi kalau dia tak datang kelas ada sebab yang aku dan dia je yang tau...ramai orang mengatakan dia nie bermasalah itu lah ini lah...tapi korang semua tak tahu apa yang dia lalui sendirian...aku tak nak cerita laa kat sini...alhamdulillah dia telah mendirikan rumah tangga jumaat lepas bersamaan 31 Ogos 2012 bersama pasangannya Nurul Hikmah...



Majlis yang simple dan kecil-kecil sahaja yang dilangsungkan di bangi...hantarannya ialah senaskah Al-Quran dan Persiapan solat(telekung)...Tapi takmengapa yang penting dah sah menjadi suami isteri...aku doakan korang bahagia hingga akhir hayat...amin

Saturday, 14 April 2012

MELAYU

Kenapa bila ada seorang anak melayu yang bercita-cita untuk berjaya, pasti ada orang yang cuba untuk menjatuhkan. Bukan sahaja budak-budak or kawan-kawan, orang tua yang dah dewasa pun sama. Bukan nak bagi semangat, dialog macam nie yang akan kita dengar:
1)Sudah-sudah la tu, belum tentu kau dapat cita-cita kau tu.
2)Dahla tu,belum ada dalam keluarga, sedara mara or bagai-bagai yang berkaitan pernah capai cita-cita diaorang.
3)Angan-angan jew semua tu...takkan dapat punye.
4)Tak de harapan nak dapat semua nie.
5)Bangsa lain yang pegang bangsa kita sekarang.

Apa yang sibukkan bangsa lain. Bantu lah bangsa sendiri, sampai bila nak tengok bangsa sendiri ditindas.Kita sekarang berada di bawah jadi bantu lah bangsa sendiri dan sampai bila nak terus macam ni.Kalau ada anak melayu yang bercita-cita nak berjaya jadi bantu la bukan memperlekehkan. Setakat ini je yang saya nak cakap......Wassalam

Pengenalan

Assalamualaikum buat semua blogger.
Nama saya Muhammad Nurfarhan dan awak semua boleh panggil saya Farhan, Han, Paan.
Saya membuat blog ini atas permintaan beberapa orang untuk melihat dan mengetahui perkembangan bidang yang saya ceburi iaitu dalam bidang Photograpfer dan Videographer.Tujuan membuat blog ini juga untuk meluahkan perasaan saya terhadap dunia.
Saya dalam bidang Photographer dan Videographer ini tidak sehandal photographer dan videographer yang ada di luar sana.Saya kira dalam kategori masih belajar lagi dalam bidang ini.Tidak sehandal di luar sana.
Saya agak kurang dalam editting gambar dan hasil-hasil gambar yang ada hanyalah daripada
kamera dan tidak di edit.

Setakat ini sahaja yang ingin saya kongsikan untuk permulaan Blog saya.
Wasalam